-->

Thursday, January 31, 2013

Jenis jenis sakit pelvik

Jenis jenis sakit pelvik


Kekejangan akibat haid
Setiap bulan,rahim (uterus) membina lapisan tisu yg dikenali sebagai endometrium,dimana embrio boleh tertanam dan membesar.Jika anda tidak hamil,lapisan itu akan pecah dan meninggalkan tubuh semasa tempoh haid.Kekejangan akibat haid,berlaku apabila rahim mengecut bagi membantu menolak darah.Kekejangan ini biasanya dirasai pada bahagian bawah perut atau belakang dan boleh berlanjutan sehingga tiga hari.Tuaman panas dan ubat pelega sakit boleh mengurangkan rasa kekejangan ini.

Sindrom Pra Haid (PMS)
Ia boleh mencetuskan perubahan mood dan rasa mengidam untuk makan.Ia juga boleh menyebabkan kekejangan perut,sakit bahagian bawah belakang,sakit kepala,payudara sakit apabila disentuh dan jerawat.Stress,kurang bersenam dan kekurangan beberapa vitamin boleh menjadikan gejala-gejala bertambah teruk.Jika PMS mengganggu aktiviti seharian,segeralah bertemu dengan doktor bagi mendapatkan penyelesaian.Biasanya perubahan gaya hidup dan ubatan boleh membantu.

Endometriosis
Sesetengah wanita,tisu endometrium tumbuh di luar rahim.Ketumbuhan ini boleh terbentuk dalam ovari,saluran fallopia,pundi,usus dan bahagian-bahagian lain tubuh.Semasa haid,gumpalan iini akan pecah,tetapi tisu itu tidak mempunyai jalan lain untuk keluar dari tubuh.Walaupun keadaan ini agak jarang berbahaya,ia boleh menyebabkan kesakitan dan menghasilkan tisu berparut yg boleh menyukarkan diri untuk hamil. Terdapat rawatan untuk endometriosis tetapi tidak ada penyembuhnya.

Interstitial Cystitis (IC)
Adalah kesakitan kronik berkaitan dengan keradangan pada pundi.Penyebabnya tidak diketahui.Penghidap IC perlu kencing beberapa kali dalam sejam.Gejala-gejalanya termasuklah tekanan dibawah kawasan pubik,kencing yg menyakitkan dan sakit semasa melakukan hubungan seksual.Keadaan ini biasa pada wanita berusia 30-an dan 40-an.Walaupun tidak terdapat penyembuh tetapi terdapat jalan bagi melegakan gejala-gejalanya.

Sista Ovari
Folikel menempatkan telur matang semasa kitaran haid dan melepaskan telur apabila anda ovulasi.Kadang-kadang folikel tidak terbuka untuk melepaskan telur atau tertutup semula selepas melepaskan telur dan membengkak dengan cecair,membentuk sista ovari.Keadaan ini biasanya tidak bahaya dan akan hilang dengan sendirinya.Tetapi sista besar boleh menyebabkan sakit pelvik,penambahan berat badan dan kerap kencing.Sista ovari boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan pelvik atau ultrabunyi.

Jangkitan saluran urinari/kencing

Jangkitan saluran urinari (UTI) bermula apabila kuman memasuki dalam saluran urinari. UTI boleh menyebabkan masalah pada sebarang bahagian daripada uretra ke pundi dan naik melalui ureter sehinggalah ke buah pinggang.Gejala-gejala termasuklah tekanan di bahagian bawah pelvik,kencing menyakitkan dan desakan kerap untuk kencing.Jangkitan biasanya tidak serius jika dirawat dengan baik. Tetapi apabila ia merebak pada buah pinggang,ia boleh menyebabkan kerosakan kekal.Tanda-tanda jangkitan buah pinggang termasuklah demam,loya,muntah dan sakit pada satu bahagian bawah blakang.

Batu dalam buah pinggang
Batu dalam buah pinggang adalah garam berbentuk bulat dan galian yg tersimpan dalam air kencing.Ianya boleh menjadi halus seperti garam atau besar seperti bola golf.Apabila batu-batu ini bergerak daripada buah pinggang ke pundi.ia boleh mencetus rasa menyakitkan secara tiba-tiba pada perut atau kawasan pelvik.Air kencing anda boleh bertukar kepada merah jambu atau merah akibat darah.Sesetengah batu-batu ini akan keluar dengan sendiritetapi ada juga yg memerlukan rawatan untuk mengeluarkannya.


3 comments: