
Emosi dan perasaan seseorang akan bergolak disebabkan dua perkara,kegembiraan atau musibah yang menimpa.Rasulullah s.aw telah bersabda:
“Sesungguhnya aku melarang dua ucapan yang bodoh lagi tercela. Iaitu suara ketika mendapat nikmat dan suara ketika ditimpa musibah”
“Sesungguhnya sabar pada sesuatu yang tidak disangka itu lebih baik.”
Barangsiapa yang dapat mengawal perasaan dalam setiap kejadian sama ada baik atu buruk,maka dia adalah orang yang sejati,yang memiliki kekuatan iman dan keteguhan. Kerana itu dia akan memperoleh kebahagiaan dan kenikmatan.
Allah s.w.t menyebutkan bahawa manusia adalah makhluk yang senang bergembira dan berbangga.Namun,ketika ditimpa kesusahan,mereka akan mudah berkeluh kesah dan ketika mendapatkan kebaikan mereka sangat kikir.
Akan tetapi,orang yang khusyuk dalam solat,sabar dan mampu berdiri di antara kesedihan dan kegembiraan. Maka mereka itu akan sentiasa bersyukur apabila mendapat kesenangan dan bersabar apabila berada dalam kesusahan.
Sesungguhnya emosi yang tidak terkendali hanya akn meletihkan,menyakitkan dan meresahkan dri sendiri.Kerana ketika seseorang sedang marah,kemarahannya akan meluap dan susah dikendalikan.Itu akan membuat seluruh tubuhnya gementar,mudah memaki sesiapa sahaja dan cenderung bertindak mengikut nafsu.Sekiranya dia di dalam kegembiraan,dia menikmatinya secara berlebihan dan lupa diri dengan tidak mengingati sesiapa.
Begitulah manusia,ketika sedang bermusuh dengan seseorang,dia cenderung mencelanya dan akan lupa segala kebaikan orang yang dia tidak sukai.Demikian pula ketika menyukai orang lain,maka orang itu akan terus dia puja dan sanjung.
Barangsiapa mampu mengawal emosi,mengendalikan akal dan menimbang segalanya dengan benar,maka dia akan melihat kebenaran dan mengetahui jalan yang lurus.
0 comments:
Post a Comment