-->

Tuesday, March 6, 2012

15 perkara yang dibenci oleh iblis dan 10 perkara yang menjadi kesukaannya

Dikisahkan dari Wahab Bin Munabbih bahawa Rasulullah berkata : "Allah S.w.t telah menyuruh iblis berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w.Kemudian iblis pun menyamar sebagai orang tua yang kelihatan cantik dan kemas bertemu dengan Rasulullah S.a.w."

Apabila iblis berdiri depan Rasulullah s.a.w,maka baginda pun bertanya "Siapakah kamu?"

Lalu iblis laknat berkata "Aku adalah iblis yang dilaknat oleh Allah s.w.t."

Kata Rasulullah s.a.w "kenapa kamu datang ke mari?"

Iblis : " Aku ke mari adalah atas perintah Allah s.w.t untuk menjawab segala pertanyaan kamu."

Rasulullah s.a.w memulakan pertanyaan "Wahai iblis katakan kepadaku berapa banyakkah musuhmu dari umatku?"

Iblis : "Musuhku yang terdiri dari umatmu itu ada 15 antaranya:
1. Engkau sendiri adalah musuhku.
2. Imam/pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendahkan diri kepada Allah s.w.t.
4. Peniaga yang jujur.
5. Orang alim yang khusyuk dalam mengerjakan solat.
6. Orang mukmin yang sentiasa memberi nasihat.
7. Orang mukmin yang sentiasa berkasih sayang antara satu dengan lain.
8. Orang yang sentiasa bertaubat.
9. Orang yang sentiasa menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang mukmin yang sentiasa bersuci.
11. Orang mukmin yang suka menyedekahkan hartanya kerana Allah. (dermawan).
12. Orang mukmin yang baik akhlaknya.
13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang menghafal Al-Quran dan sentiasa membacanya.
15. Orang yang bangun pada waktu malam untuk mengerjakan solat ketika orang lain sedang nyenyak tidur."

Rasulullah s.a.w bertanya iblis laknat lagi. "Wahai iblis laknat,katakan kepadaku berapa banyakkah rakan-rakamu dari umatku?"

Iblis : " Rakan-rakanku yang terdiri dari umatmu ialah 10 antaranya:
1. Hakim yang menganiaya,yakni tidak jujur dan tidak berlaku adil.
2. Orang kaya yang sombong dan bongkak.
3. Peniaga yang khianat,suka menipu dalam urusan jual beli.
4. Peminum arak.
5. Orang yang suka memutuskan tali persaudaraan.
6. Orang yang mengumpul harta dari jalan riba.
7. Orang yang memakan harta anak yatim.
8. Orang yang suka memandang ringan dalam hal mendirikan smbhyang. (suka lambat-lambatkan sembahyang.)
9. Orang yang enggan mengeluarkan zakat.
10. Orang yang sangat suka berkhayal.

Kesemua mereka ini adalah rakan-rakanku"

4 comments:

  1. thanks for the info =)) nice entryy :) ngeee ~

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing the info,,(sharing is caring)hehe ok nice blog yaww,,done follow :D hit me back..(jom singgah blog kte)..

    ReplyDelete