Istana Jahar
Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara. Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu.
Lokasi
Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ini terletak di atas Lot No. 430, dalam seksyen 7 bandar Kota Bharu. Keluasan kawasan Muzium adalah 1,822 meter persegi. Kedudukannya di kawasan pusat bandar dan ditengah-tengah rangkaian zon budaya menjadikan bangunan Muzium ini mercu tanda dan daya tarikan pelancong ke negeri Kelantan Darulnaim. Bangunan ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Di sebelah kiri tersergam indah Istana Balai Besar yang dibina dalam tahun 1840 dan merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pada waktu itu. Di sebelah kanannya pula berdiri megah MasJid Muhammadi yang menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk negeri Kelantan. Disebelah belakang pula terdapat sebuah Istana Lama yang pemah menjadi tempat kediaman almarhum Sultan Yahya Petra semasa bergelar Tengku Mahkota. Istana ini dibina dalam tahun 1939 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ismail (1920-1944), dan dikenali dengan nama Istana Batu. Kini bangunan ini telah dijadikan Muzium Diraja. Di bahagian hadapan terdapat satu kawasan meletak kenderaan yang agak luas dan selesai. Untuk sampai ke Muzium ini daripada pusat bandar para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan beca roda tiga atau dengan berjalan kaki. Jaraknya cuma 0.5 kilometer sahaja.
Latarbelakang
Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar) ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haji Mohd Salleh (Dato' Kaya Bakti). Upacara pembinaannya telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah. Mengikut Arifin bin Abd. Rashid dalam bukunya "Ringkasan Sejarah Kelantan":
"Dalam tradisi pemerintahan Raja-raja Melayu, Istana merupakan tempat untuk kediaman, perlindungan, menerima tamu, mesyuarat dan menjalankan pemerintahan juga sebagai pusat pengajian Islam serta mengeluarkan banyak hasil-hasil sastera ".
Sejarah Bangunan
Istana Jahar yang terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar adalah di antara istana-istana yang menarik yang terdapat di sekitar bandar Kota Bharu. Malah Istana Jahar ini juga telah mula dibina dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar.
Bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja (Istana Jahar) ini pada asalnya merupakan bangunan satu tingkat dikenali dengan nama Istana Raja Bendahara. Istana ini mula dibina menggunakan kayu sepenuhnya pada zaman akhir pemerintahan Sultan Muhammad 11 (1837 - 1886). Pernbinaannya siap pada tahun 1887, setahun selepas kemangkatan Sultan Muhammad 11. Istana ini dibina sebagai hadiah perkahwinan kepada cucunda baginda Long Kundur dengan Tengku Embong, puteri kepada Tengleu Puteh, Raja Pattani 111. Pada masa itu Long Kundur bergelar Raja Bendahara. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad 11 pada tahun 1886, baginda digantikan oleh anakandanya Long Sulong yang memakai gelaran Sultan Ahmad. Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad, bangunan Istana Jahar in! terus didiami oleh anakandanya Long Kundur. Baginda Sultan Ahmad tidak lama memerintah Kelantan. Pada tahun 1889 baginda telah jatuh gering dan mangkat.
Setelah itu Long Kundur telah ditabal dengan rasminya menjadi sultan menggantikan ayahandanya pada tahun 1889 dengan memakai gelaran Sultan Muhammad 111. Baginda terus bersemayan di Istana Jahar dan menjadikannya sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan. Baginda mangkat pada tahun 1890 setelah hanya satu tahun lebih di atas takhta. Adindanya Long Mansur kemudiannya ditabal menjadi sultan menggantikan Long Kundur, dan Long Senik (anakanda kepada Long Kundur), pula dilantik menjadi Tengku Indera Mahkota. Long Mansur menjadikan Istana Balai Besar sebagai tempat bersemayam rasmi baginda dan seterusnya memindahkan pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan daripada Istana Jahar ke Istana Balai Besar.
Bangunan Istana Jahar telah dijadikan tempat bersemayam oleh Long Senik. Demikianlah kebiasaannya sejak zaman pemerintahan Long Sulong (1886-1889) dimana raja yang memerintah akan bersemayam di Istana Balai Besar manakala bakal pengganti Sultan pula bersemayam di Istana Jahar. Pada tahun 1899 Long Mansur mangkat dan baginda diganti oleh Long Senik sebagai Raja Kelantan. Pada tahun 1911 Long Senik di gelar Sultan Muhammad IV. Baginda Sultan Muahmmad IV kemudiannya telah berpindah ke Istana Balai Besar dan bersemayam di sana. Bangunan Istana Jahar dibiarkan kosong bagi membolehkan kerja-kerja pembaikian dan pengubahsuaian.
Baginda Sultan Muhammad IV jugalah yang telah menitahkan agar ditanam pokok Jahar di halaman bangunan Istana Jahar (Istana Raja Bendahara). Pokok Jahar banyak tumbuh di bumi Kelantan pada masa itu. Pohonnya berbunga sebesar bunga melor dan berwama kuning lemak ketam. Daunnya sebesar ibu jari dan berbentuk seakan-akan bujur empat persegi. Daunnya selalu diguna oleh orang India untuk masakan kari pada hari Jumaat. Orang Melayu pula menggunakan bunganya untuk membuat kerabu. Orang Siam memanggil pokok Jahar ini 'kelek' dan mereka sangat memuliakan pokok ini.
Pada tahun 1915 baginda Sultan Muhammad IV telah mengurniakan Istana Jahar ini kepada anakanda baginda Tengku Ismail yang pada ketika itu bergelar Tengku Sri Indera Mahkota. Pengurniaan ini adalah sebagai hadiah perkahwinan Tengku Ismail dengan Tengku Nik Tengleu Kaya Pahlawan. Tengku Ismail terus menjadikan Istana Jahar ini sebagai tempat bersemayam baginda.
Pada tahun 1920 Sultan Muhammad IV mangkat dan baginda telah diganti oleh anakandanya Tengku Ismail yang memakai gelaran Sultan Ismail. Baginda Sultan Ismail terus menjadikan Istana Jahar sebagai tempat bersemayam rasmi baginda dan Istana Balai Besar sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan. Baginda adalah sultan yang terakhir bersemayam di Istana Jahar ini.
Selepas kemangkatan baginda pada tahun 1944, baginda telah diganti oleh adindanya Tengku Ibrahim. Dalam zaman pemerintahan Sultan lbrahim, Istana Jahar ini dikurniakan pula kepada menantunya Raja Perempuan Zainab 11 (Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra) isteri kepada-Tengku Yahya Petra. Pada ketika itu Tengku Yahya Petra bergelar Tengku Bendahara. Tengku Yahya Petra bersemayam di Istana Batu dan Istana Jahar telah dijadikan sebagai pejabat baginda.
Pada zaman pemerintahan Sultan Yahya Petra, baginda sendiri bersemayam di Istana Kota Lama dan Istana Jahar telah dibiarkan tidak terurus. Mengikut Tan Sri Mubin Sheppard dalam artikelnya yang berjudul 'Kelantan Palaces Of The Past' beliau menyatakan bahawa bangunan asal Istana Jahar ini telah dirobohkan pada tahun 1965 setelah sekian lama terbiar. Tambahan pula tapak bangunan ini dicadangkan untuk pembinaan bangunan yang baru sebagaimana yang ada sekarang.
Pada tahun 1980 Tengku Ismail Petra telah ditabalkan menjadi Sultan Kelantan selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Yahya Petra pada tahun 1979. Istiadat pertabalan yang gilang-gemilang ini telah diadakan di Istana Balai Besar.
Pada zaman pemerintahan KDYMM Sultan Ismail Petra (1979 - sekarang), baginda telah mengampuni perkenaan bangunaan Istana Jahar dipinjamkan kepada Kerajaan Negeri untuk dijadikan Muzium Negeri Kelantan. Bagi mewujudkan sebuah Muzium Negeri, banyak kerja-kerja pembaikian dan pengubahsuaian perlu dilakukan. Bangunan ini uzur. kerana terlalu lama dibiarkan kosong dan tidak terurus. Begitu juga dengan kawasan sekitarnya yang memerlukan kerja-kerja 'landscaping' sesuai dengan pengwujudan sebuah Muzium Negeri yang bakal menjadi pusat lawatan dan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Setelah kerja-kerja pembaikian dan pengubahsuaian selesai dijalankan maka bangunan Istana Jahar telah dirasmikan sebagai Muzium Negeri oleh Raja Perempuan Zainab 11 pada 30 Mac 1981 bersempena dengan sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan AI-Sultan Kelantan. Pameran pertama yang diadakan bertajuk 'Pameran Raja Kita'.'
Kemudiannya pada bulan Ogos 1990, Muzium Negeri Kelantan telah berpindah ke bangunan yang baru iaitu bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan Istana Jahar telah sekali lagi diubahsuai. Muzium yang baru ini dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Upacara perasmiannya telah disempumakan oleh AI-Sultan Kelantan pada 27 Julai, 1992.
Di Muzium ini kini dipamerkan berbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan sejak zaman berzaman. Selain daripada itu, dipamerkah juga jenisjenis tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga untuk tontonan umum generasi kini dan akan datang.
saya bangga tinggal kt klantan skarang even untuk belajo je..eeheh
ReplyDelete